BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, April 19, 2010

BUDAK NURUL



PPEA 1106 (APLIKASI TEKNOLOGI PENGAJARAN)

NAMA PENSYARAH : DR CHIN HAI LENG
TAJUK : BLOG
NAMA :NURUL HDAYAH BINTI MOHD SALLEH
NO. MATRIK : PEK 090033

Installer Audacity, Photoscape & Photostory



Ini adalah contoh penggunaan PHOTOSCAPE yang saya lakukan :

Di dalam PHOTOSCAPE, pelbagai fungsi yang boleh digunakan untuk edit gambar. Ianya amat menarik dan menyeronokkan. Dr. Chin memberikan kami installer untuk AUDACITY (edit bunyi) , PHOTOSTORY (buat video), dan PHOTOSCAPE (edit gambar). Ini semua amat baik untuk digunakan sebagai kaedah pengajaran yang mampu menarik minat kanak-kanak Prasekolah supaya mereka tidak mudah bosan dengan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Pencarian Dan Download Video Dari YouTube

Video yang sesuai tentang kenderaan untuk kanak-kanak, saya pilih untuk dimasukkan dalam publisher. Dr. Chin juga mengajar kami bagaimana untuk download video daripada YouTube. Video ini amat sesuai untuk pengajaran kanak-kanak Prasekolah kerana ianya mudah difahami dan berwarna- warni. Selain itu, suara juga jelas dan animasi yang digunakan sangat menarik.

Apa Itu Komputer


Dr. Chin telah mengajar kami mengenai apa itu komputer, komponen komputer, kategori komputer, literasi komputer, kegunaan komputer dan fungsinya . Penggunaan komputer termasuklah bagi tujuan pendidikan, e-dagang, kewangan, kegunaan di rumah, pejabat, dan lain-lain lagi. Pelbagai kesan yang terjadi dengan penggunaan komputer tidak kira baik ataupun buruk. Namun, dalam era serba moden kini, penggunaan komputer adalah satu kemestian bagi setiap orang untuk melakukan kerja. Ia adalah ibarat "dunia di hujung jari".

Mempelajari Microsoft Office

EXCELL :
Dr. Chin mengajar saya tentang penggunaan Microsoft Excell khasnya untuk membuat graf dan jadual yang mudah dam menarik. Pelbagai fungsi yang boleh digunakan di dalam Microsoft Excell yang amat menarik.

WORD :
Dr. Chin mengajar saya bagaimana untuk menggunakan fungsi-fungsi yang ada dalamnya seperti references APA Style, margin, masukkan gambar dan lain-lain. Ia amat berguna untuk saya dalam mempelajari pelbagai kegunaan dalam Microsoft Word.

POWERPOINT :
Dr. Chin mengajar saya cara menggunakannya seperti memasukkan latar belakang, animasi, lagu dan bagaimana untuk menggunakan hyperlink dengan internet. Ini adalah hasil powerpoint yang saya buat:


Publisher

Saya dan Raudah telah merekabentuk satu laman web khusus untuk memaparkan kaedah pembelajaran moden untuk kanak-kanak Prasekolah mengenai kenderaan. Pelbagai fungsi telah kami masukkan untuk memberi pengajaran yang berkesan dan menarik iaitu gambar dan nama kenderaan, permainan (online games), video tentang kenderaan, kuiz dan pelbagai lagi. Ini dapat memberi kanak-kanak supaya belajar dengan lebih baik dengan menggunakan pelbagai kaedah moden.



video

Pengajaran Powerpoint Tentang Kenderaan

Pengajaran melalui powerpoint yang yang disediakan untuk kanak-kanak Prasekolah ini adalah mengenai ciri-ciri kenderaan. Ia amat bagus kerana dapat mendedahkan kepada kanak-kanak tentang ciri yang ada pada sesebuah kenderaan. Saya masukkan juga gambar dan animasi cartoon yang menarik supaya dapat menarik minat kanak-kanak. Selain itu, perkataan yang digunakan juga jelas dan mudah difahami. Dalam powerpoint ini juga, kami kelaskan kenderaan mengikut kategori kenderaan di darat, udara dan air.


video

Poster Kenderaan


Poster untuk kanak-kanak Prasekolah ini dicipta oleh saya dan Raudah. Poster ini amat sesuai untuk ditunjukkan kepada kanak-kanak kerana warna yang digunakan ceria dan berwarna-warni. Selain itu, penggunaan gambar cartoon dan tulisan yang besar juga menarik minat kanak-kanak untuk melihat poster ini. Ia memudahkan untuk kanak-kanak memahami maksud poster ini dan memberi impak jangka panjang dalam kesedaran mengenai kenderaan dan keselamatan menggunakannya.



Pembuatan Video Menggunakan Photostory

Dalam kelas ini, saya mempelajari bagaimana untuk membuat video bagi pembelajaran berkesan kanak-kanak Prasekolah dengan menggunakan Photostory. Ia amat menarik kerana kita boleh memasukkan gambar yang pelbagai dan banyak, boleh memasukkan teks yang berwarna warni dan pelbagai saiz, boleh juga memasukkan "customize motion" dan memasukkan lagu yang disukai dan sesuai. Ia amat menarik dan menyeronokkan. Selain itu, ia mudah digunakan guru untuk sesi pembelajaran di Prasekolah.
video

Sunday, April 18, 2010

Pencarian Animasi Kenderaan Dalam Internet




Pelbagai animasi kenderaan yang saya ambil daripada internet ini dipilih mengikut kategori kenderaan di darat, udara dan air. Animasi yang saya gunakan berwarna-warni, menarik, dan menggunakan cartoon kerana kanak-kanak suka pada sesuatu yang menarik dan ada unsur lucu. Gambar yang bergerak (animasi) bagus untuk diselitkan dalam pembelajaran kerana boleh menarik minat kanak-kanak dan kanak-kanak juga boleh mempelajari bagaimana sesuatu kenderaan itu bergerak. Ini akan memberikan minat pada kanak-kanak untuk belajar. dam memberikan tumpuan yang lebih terhadap pelajaran. Contoh laman web yang saya gunakan ialah , http://media.photobucket.com/image/cute transport animation/daikingp/animations/f2/transport_332.gif

Pencarian Gambar Kenderaan Dalam Internet




Gambar-gambar kenderaan ini saya ambil daripada internet untuk tujuan mempelajari bagaimana mencari maklumat dengan cara yang mudah dan untuk melemgkapkan assignment saya. Tajuk yang saya dan Raudah pilih adalah mengenai KENDERAAN. Gambar kenderaan yang kami ambil adalah mengikut kategori iaitu di darat, udara dan air, kerana ingin mengajar kanak-kanak mengenai jenis kenderaan mengikut fungsinya. Gambar ini sesuai untuk kanak-kanak kerana ia berwarna-warni dan menarik.Contoh laman web yang kami gunakan ialah, http://www.photoshoppix.com/coppermine/thumbnails/meta=search/search=transport.html

Apa Yang Diharap Untuk Dipelajari

Sepanjang kelas Dr. Chin, saya harap dapat mempelajari bagaimana untuk menggunakan pelbagai fungsi dalam komputer untuk aktiviti pembelajaran kanak-kanak di Prasekolah. Selain itu, saya juga ingin menguasai pelbagai fungsi dalam komputer dengan lebih baik lagi supaya dapat diaplikasikan dalam kaedah pembelajaran di Prasekolah dan seterusnya menjadikan aktiviti pembelajaran lebih menarik untuk kanak-kanak. Selain itu, saya juga berharap agar dapat meneroka Internet dengan lebih baik lagi serta menguasai penggunaannya.

Friday, January 8, 2010

Kuliah Pertama Tekno

Hari ini Jumaat, 8 Januari merupakan kali pertama saya memasuki kelas Dr. Chin. Kehadiran saya agak terlambat daripada waktu yang sepatutnya saya memasuki kelas ini. Hal ini kerana keadaan cuaca yang hujan lebat.

Ketika hendak memasuki kelas, saya khuatir Dr. Chin akan memarahi saya, namun apa yang saya risaukan tidak berlaku. Saya berasa lega kerana kelihatannya Dr. Chin sangat baik.

Saya harapkan sepanjang sem 2 ini, saya akan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mendapat keputusan yang baik..

Mudah-mudahan....